mengkufurkan | menganggap kufur: Manusia tidak berhak ~ orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengkufurkan | 1. memandang sbg kufur, menganggap kufur; 2. ark mengeluarkan (mengucilkan) dr golongan yg beragama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kufur | 1 tidak percaya kpd Allah dan Rasul-Nya; kafir. 2 tidak (tahu) bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. ~ nikmat tidak bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. mengkufuri 1 tidak percaya kpd (Tuhan): Mereka akan dianggap ~ Allah andainya mereka kembali kafir. 2 tidak bersyukur akan (nikmat, anugerah dsb Allah): Ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah. mengkufurkan menganggap kufur: Manusia tidak berhak ~ orang lain. kekufuran keadaan atau sifat kufur: Dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kufur | Ar 1. tidak percaya atau tidak beriman kpd Allah dan rasul-Nya, kafir: ada antara umat Islam yg ragu-ragu tentang kerasulan Nabi Muhammad dan kembali ~; ilmu ~ ilmu yg menafikan wujudnya Allah; 2. ingkar terhadap suruhan dan larangan Allah: orang yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja adalah ~; 3. = ~ nikmat tidak bersyukur kpd nikmat Allah: utk menguji sama ada mereka bersyukur atau ~ terhadap segala nikmat Allah; mengkufuri 1. tidak percaya kpd Tuhan: kami akan dianggap ~ Allah andainya kami kembali kafir; 2. tidak bersyukur kpd (nikmat Allah): ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah; mengkufurkan 1. memandang sbg kufur, menganggap kufur; 2. ark mengeluarkan (mengucilkan) dr golongan yg beragama; kekufuran keadaan kufur: dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |