Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kuh] | مڠوکوه

Definisi : menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kuh] | مڠوکوه

Definisi : menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengukuh


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengukuhmenjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengukuhmenjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
memapankanmemantapkan, mengukuh­kan, menstabilkan sesuatu: mereka harus ber-usaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
meneguhkan1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata);Kamus Dewan Edisi Keempat
ego(égo) persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~nyKamus Dewan Edisi Keempat
kukuh1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mapan1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~; memapankan memantapkan, mengukuh­kan, menstabilkan sesuatu: mereka harus ber-usaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu; kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~; pemapanan perihal (proses, perbuatan) me­mapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan.Kamus Dewan Edisi Keempat
teguh1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri.Kamus Dewan Edisi Keempat
kukuh I1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahan­kan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas