mengukuhkan | menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengukuhkan | menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyepuh lindap | mengukuhkan (melega-kan) tekanan dalaman pd keluli, kaca dll dgn pemanasan dan penyejukan beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengukuhan | perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengentalkan persahabatan | mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengukuh | sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengisbatkan | mengesahkan, menetapkan, menentukan, mengukuhkan (kebenaran sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegapkan | menjadikan tegap; menguatkan; mengukuhkan: Akar ~ pokok. | Kamus Pelajar |
pengukuh | alat atau sesuatu yg mengukuhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
periodontium | (périodontium) (Ubat) tisu yg mengukuhkan kedudukan gigi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |