ukuran | 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyukat | 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukat I | 1. takaran yg besarnya empat gantang; 2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isipadu); 3. bp = menyukat mengukur (menakar dll); tukang ~ bp orang yg mengukur tanah; yg se~ tak akan jadi segantang prb untung nasib tidak dapat diubah-ubah; bersukat 1. mengukur (menakar) dgn sukat; 2. diukur (dikira) dgn satuan tertentu: makanan itu ~ betul-betul; ~ dgn rah sl membunuh orang; ~ darah, bertimbang daging prb berlawan bermati-matian; telah penuh sbg ~ prb sudah habis kesabarannya; menyukat 1. mengukur dgn sukat; 2. mengukur (panjang, luas, isi): selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah; sukatan 1. satuan yg digunakan utk menyukat, ukuran: berapakah luasnya dlm ~ hektar?; sebutkan isinya dlm ~ liter; 2. sesuatu hasil drpd menyukat (setelah disukat), catuan: di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yg memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori; 3. sesuatu yg digunakan utk menyukat (menentukan, menilai, dll): sudut itu diukur dgn ~ darjah; ~ pelajaran butir-butir ringkas drpd mata pelajaran yg diberikan (di sekolah dll); penyukatan perbuatan menyukat; penyukat 1. alat yg digunakan utk menyukat (mengukur dll): ~ suhu; 2. orang yg menyukat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukat | 1 bekas yg dpt diisi sebanyak 4 gantang dan digunakan utk menakar atau utk mengukur sesuatu. 2 = sukatan sistem atau unit yg digunakan utk mengukur sesuatu; ukuran. menyukat 1 mengukur atau mengira banyaknya sesuatu benda dgn sukat. 2 mengukur besarnya (luasnya, panjangnya dsb) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu: Dua orang juruukur sedang ~ tapak sebuah bangunan. sukatan 1 sistem atau unit yg digunakan utk menyukat sesuatu; ukuran: Berapa luas negeri Pahang dlm ~ ekar? 2 hasil drpd menyukat: ~nya tidak betul. ~ pelajaran ringkasan atau keterangan ringkas ttg mata pelajaran yg perlu diajarkan. penyukatan hal atau perbuatan menyukat. penyukat 1 alat yg digunakan utk menyukat: ~ suhu. 2 orang yg kerjanya menyukat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukur | , = kukuran alat yg bergerigi hujungnya utk mengeruk isi kelapa dr tempurungnya. mengukur mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. pengukur 1 alat utk mengukur kelapa; kukuran. 2 orang yg mengukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolok | 1 imbangan yg sama; bandingan: tiada ~ bandingnya tidak ada yg menyamainya. 2 berbagai-bagai jenis alat khusus yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu: ~ hujan; ~ tekanan; ~ ukur dalam. ~ dawai tolok utk mengukur tebalnya logam keping. ~ hujan alat yg digunakan utk mengukur banyaknya hujan yg turun. ~ tekanan alat utk mengukur tekanan sesuatu. bertolok berbanding; berimbang: tidak ~ tidak ada yg menyamainya. menolok menyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. setolok sama kedudukan dll; sebanding; setara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengukur jalan | ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengukur | 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengukur | mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengukur | 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |