tadbir | kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. ~ urus cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dsb. mentadbir membuat kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): Beliau mendapat pujian kerana cekap ~. mentadbirkan menjalankan urusan perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll); mengelolakan; mengurus: Beberapa orang pegawai terlatih telah dilantik utk ~ badan itu. pertadbiran hal-hal mengenai tadbir. pentadbiran perbuatan, hal dll mentadbir atau mentadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. pentadbir orang yg mentadbir atau mentadbirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengurusan | perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agensi pelancongan | badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengurus | 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengurus | 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengurus | menjadi kurus, merana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengurus | 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. | Kamus Pelajar |
mengurus | 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. | Kamus Pelajar |
bendahari | 1 pegawai yg mengurus harta benda kerajaan: penghulu ~ ketua segala bendahari. 2 orang yg mengurus wang persatuan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tadbir | kerja-kerja mengurus dan mengawal perjalanan sesebuah syarikat (badan, negara dll): pegawai ~ pegawai yg mengurus perjalanan sesebuah syarikat atau pemerintahan negara. | Kamus Pelajar |