usaha | daya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud: ~nya utk mendirikan surau itu disanjung tinggi oleh orang ramai. berusaha bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. mengusahakan 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. perusahaan 1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju. pengusahaan perbuatan atau hal mengusahakan sesuatu. pengusaha orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjalankan | 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperdua | 1 mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2 membahagi dua (hasil, untung dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memakankan | 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkawankan | 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalankan | 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikhtiarkan | 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membereskan | 1. mengusahakan dsb supaya teratur (sempurna, kemas, dsb), mengatur, merapikan: ~ semua yg perlu utk mesyuarat; 2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dll): hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beres | (bérés) 1. teratur, rapi, tidak kacau: kehidupan kau masih belum ~ lagi; 2. selesai (perselisihan, hutang, dll): pertikaian dgn adiknya belum ~ lagi; hutang telah ~; tahu ~ bp tidak usah gaduh (semuanya akan beres);membereskan 1. mengusahakan dsb supaya teratur (sempurna, kemas, dsb), mengatur, merapikan: ~ semua yg perlu utk mesyuarat; 2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dll): hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;keberesan kerapian, ketertiban, keselesaian; pemberesan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membereskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengusahakan | 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |