Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
utus; berutus berkirim surat, berita dll. mengutus 1 mengirim (surat, berita dll): Sudah lama saya tidak ~ surat kpd ibu di kampung. 2 menyuruh orang lain pergi sbg wakil diri: Perdana Menteri telah ~ Menteri Pelajaran ke persidangan UNESCO. utusan orang atau kumpulan orang yg diutus; wakil. perutusan 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. pengutusan perbuatan atau hal mengutus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
utus Isl suruhan, wakil: adik Bendahara Paduka Raja, dititahkan Sultan Mansur Shah ~ ke benua China; berutus berkirim surat (berita, khabar): lama kita tidak ~; berutus-utusan saling berkirim surat, (berita, khabar, dll): sentiasalah ~ antara satu sama lain; mengutus 1. menyuruh orang pergi (sbg ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dll): dlm tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat; 2. mengirim (surat dll), menghantar: mereka tidak pernah ~ surat; setinggi terima kasih kpd tuan kerana ~ kawat kpd saya; utusan orang (kumpulan orang) yg diutus, suruhan, wakil: keempat-empat negeri itu ada menyuruh ~ ke negeri Siam; perutusan 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; pengutusan perihal (perbuatan dsb) mengutus.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengutus1 mengirim (surat, berita dll): Sudah lama saya tidak ~ surat kpd ibu di kampung. 2 menyuruh orang lain pergi sbg wakil diri: Perdana Menteri telah ~ Menteri Pelajaran ke persidangan UNESCO.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengutus1. menyuruh orang pergi (sbg ganti atau wakil diri), menghantar wakil (orang suruhan dll): dlm tahun 1925, dia diutus Muhammadiah ke Sumatera Barat; 2. mengirim (surat dll), menghantar: mereka tidak pernah ~ surat; setinggi terima kasih kpd tuan kerana ~ kawat kpd saya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengutus1 mengirim (surat, berita dll): Sudah lama saya tidak ~ surat kpd ibu di kampung.Kamus Pelajar
mengirim1 menyampaikan atau menghantar sesuatu melalui pos dll: Sudah lama dia tidak ~ surat kpd orang tuanya di kampung. 2 mengutus rombongan dll ke sesuatu tempat; menghantar: Malaysia akan ~ pasukan bola sepaknya ke pertandingan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suruh Iperintah (firman, titah) supaya me­lakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berki­rim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang me­ngerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh­suruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyam­but Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyuruhkan1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengirim1. menyampaikan atau meng­hantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali; 2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (meng­amanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengirim1. menyampaikan atau menghantar sesuatu melalui pos dll: Sudah lama dia tidak ~ surat kpd orang tuanya di kampung. 2. mengutus rombongan dll ke sesuatu tempat; menghantar: Malaysia akan ~ pasukan bola sepaknya ke pertandingan itu.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas