meniarapkan | meletakkan sesuatu dgn bahagian depan atau bahagian atasnya ke bawah; menelungkupkan: Dia ~ pinggan mangkuk yg baru dicucinya di atas meja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meniarapkan | membaringkan (merebahkan, meletakkan, dll) dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan: Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing; ia ~ pinggan mangkuk yg baru dicuci supaya kering; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meniarapkan | meletakkan sesuatu dgn bahagian depan atau bahagian atasnya ke bawah; menelungkupkan: Dia ~ pinggan mangkuk yg baru dicucinya di atas meja. | Kamus Pelajar |
menengkurapkan | menelungkupkan, meniarapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menungkumkan | meletakkan menelungkup, meniarapkan, menungkupkan: dia pun ~ muka ke bantal dan menangis terus-terusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelangkupkan | meletakkan telangkup, menelungkupkan, meniarapkan: Tini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pd meja, menangis lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangkupkan | meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun meniarap ~ mukanya ke bantal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelangkupkan | meletakkan telangkup; menelungkupkan; meniarapkan: ~ pinggan. | Kamus Pelajar |
menelungkupkan | menjadikan menelungkup, menengkurapkan, meniarapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelungkupkan | menjadikan atau menyebabkan menelungkup; meniarapkan. | Kamus Pelajar |