meniga hari | mengadakan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meniga | menjadi yg ketiga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenduri meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari | kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menigari | meniga hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tigari | bp tiga hari; menigari meniga hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenduri I | perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiga I | satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari mengada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), kesemua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |