Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meme­gang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berjabat tangan (dgn se­seorang), bersalaman: dia ~ kami semua se­belum masuk ke dlm rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jabat; sejabat sepekerjaan: teman ~; berjabat = berjabat tangan; menjabat 1. = menjabat tangan meme­gang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun; jabatan 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dll), jawatan: menteri itu telah meletakkan ~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa; berjabatan Id mempunyai (memegang) ja­wat­an, berjawatan; penjabatan jabatan; penjabat Id 1. pegawai dll yg memegang sesuatu jawatan, pemegang jawatan; 2. orang yg mengerjakan pekerjaan (atau memegang jawatan) orang lain buat sementara, pemangku (sesuatu jawatan); pejabat 1. bangunan (ruang, bilik, dsb) tempat bekerja atau tempat diselenggarakan pelbagai urusan: ~ syarikat itu di tingkat tiga bangunan tersebut; ~ pos; budak ~ penye­lenggara pejabat, peon; ibu ~ pusat pen­tad­biran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg me­megang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjabat tanganmeme­gang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjabat1. = menjabat tangan meme­gang; 2. Id memegang sesuatu pekerjaan, menjawat: Ali ~ pekerjaan itu selama dua tahun;Kamus Dewan Edisi Keempat
menjabat tanganberjabat tangan (dgn se­seorang), bersalaman: dia ~ kami semua se­belum masuk ke dlm rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
jabat tangan; berjabat tangan memegang (menggenggam) tangan (satu sama lain) sambil menggoncang-goncangnya (sewaktu berjumpa, diperkenalkan, dll) sbg tanda ke­mesraan, (saling) bersalaman: setelah ~ dgn sekalian yg hadir barulah dia duduk; menjabat tangan berjabat tangan (dgn se­seorang), bersalaman: dia ~ kami semua se­belum masuk ke dlm rumah.Kamus Dewan Edisi Keempat
jawat; berjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1 memegang: ~ tangan; ~ lembing. 2 menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat: Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memegang1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jabat; berjabat; ~ tangan (salam) saling berpegang tangan dgn tertib yg tertentu (utk menghormati); bersalam: Mereka pun ~ tangan dan bertegur sapa. menjabat 1 memegang sesuatu: ~ kemudi. 2 memegang atau melakukan sesuatu pekerjaan; menjawat: Ia ~ pekerjaan itu selama sepuluh tahun. jabatan bahagian drpd sesuatu badan pentadbiran kerajaan (universiti dll): ~ Perdana Menteri; ~ Pengajian Melayu. penjabat orang yg memegang jawatan penting; pemegang jawatan. pejabat tempat bekerja: Dia selalu sampai di ~ pd pukul 7.45 pagi. sejabat sama pekerjaannya; sejawat: teman ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pegang; berpegang 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. memegang 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. pegangan 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. pemegang 1 alat utk memegang sesuatu. 2 bahagian drpd sesuatu benda utk dipegang. 3 orang yg memegang sesuatu jawatan atau yg mengendalikan sesuatu urusan: ~ buku orang yg mengurus buku akaun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menjawat1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, me­nerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu ke­dudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas