menjalani | menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjalani | mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalani | menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. | Kamus Pelajar |
parol | (Udg) 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dsb; 2. tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengasimilasi | menjalani atau mengalami proses asimilasi dgn yg lain: Tidak dpt dinafikan bahawa kesusasteraan Melayu dewasa ini sedang diasimilasi oleh pelbagai sastera pascamoden, yg turut memperkaya kesusasteraan Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menerokai | menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanglang | menjalani (utk memeriksa dll), mengelilingi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beridah | menjalani idah: perempuan yg diceraikan itu wajiblah ~ selama tiga kali suci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalami | merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dijatuhi | dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |