menjalar | 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjalar | 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalar | 1. berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2. tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3.merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular:Api telah ~ ke kedai sebelah. | Kamus Pelajar |
merambak | 1. menjalar-jalar, merayap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalari | 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rambak I | ; merambak 1. menjalar-jalar, merayap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya; merambakkan 1. menjadikan merambak; 2. menjadikan banyak (luas); ~ wang memperbanyak wang (dgn diperbungakan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semangka I | sj tumbuhan (herba menjalar), mendelikai, mendikai, tembikai, temikai, timun cina, Citrullus vulgaris; ~ belanda sj tumbuhan (herba menjalar), Cucumis melo. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalari | 1. menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2. menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. | Kamus Pelajar |
merambat | 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-panjangan (pertengkaran, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambat I | ; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-panjangan (pertengkaran, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah; perambatan 1. perihal (proses atau perbuatan) merambat, penyebaran; 2. (Fiz) pergerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |