menjarakkan | menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjarakkan | menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjarakkan | menjauhkan; memisahkan:Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. | Kamus Pelajar |
penjarakan | perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan, perenggangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjauhkan | 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyahpadat(unpack) | Tindakan membesarkan atau menjarakkan semula data yang telah diperoleh. | Kamus Komputer |
kilai | kili-kili (gelang-gelang) bagi menjarakkan lembar tali yg dipintal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjauhkan | 1. menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2. menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. | Kamus Pelajar |
menjauhkan | 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarak I | ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |