menjodohi | menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jodoh | 1. pasangan hidup (laki-laki atau perempuan), imbangan: engkau haruslah berhati-hati dlm memilih ~; 2. pertemuan (antara gadis dgn teruna yg menghasilkan perkahwinan): apa boleh buat, dah tak ada ~; ~ pertemuan pasangan sbg suami isteri (yg telah ditentukan Tuhan); bertemu ~ (dgn) berkahwin (dgn); habis ~ bercerai (suami isteri); 3. lawannya atau pasangannya: nasi lemak ~nya sambal tumis ikan bilis; 4. sesuai, sepadan, setuju, secocok: harganya tidak ~ dgn buatannya; berjodoh = ~ dgn berpasangan (dgn), berkahwin (dgn); menjodohi menjadi jodoh kpd, berkahwin dgn: biarlah patik ~ paduka kekanda; menjodohkan, memperjodohkan mengahwinkan: Salikun bercadang hendak ~ anak perempuannya dgn seorang ustaz; perjodohan pertunangan, perkahwinan: ~ manusia itu tidak dapat ditentukan; penjodohan perihal menjodohkan seseorang: Ali menerima ~ anaknya dgn teruna pilihannya; sejodoh sepasang: orang ~ bagai cincin; penjodoh pemadan, pasangan, lawan; ~ bilangan (Lin) perkataan yg digunakan berpasangan dgn nama apabila menunjukkan bilangan (spt ekor utk binatang, helai utk kain, biji utk buah, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |