tonggeng I | (tonggéng) I; menonggeng 1. membongkok dgn kepala ke bawah dan punggung ke atas; 2. tenggelam dgn buritan ke atas (perahu, dll) atau bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas; 3. menjunam (kapal terbang dll); 4. tertiarap (gelas dll); menonggengkan 1. menyebabkan menonggeng, meletakkan (memegang dll) sesuatu hingga menonggeng; 2. menjunamkan; 3. ki menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dll); tertonggeng (jatuh, terlepas, dll) menonggeng (gelas, periuk, dll); ~ bagai kodok dlm lubang prb perihal orang miskin dlm kesusahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonggengkan | 1. menyebabkan menonggeng, meletakkan (memegang dll) sesuatu hingga menonggeng; 2. menjunamkan; 3. ki menjatuhkan atau menggulingkan (pemerintah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunggangkan | 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menunggangkan | 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. | Kamus Pelajar |
tunggang I | 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. | Kamus Pelajar |
menonggekkan | 1 menjadikan tonggek: ~ punggung. 2 membongkokkan badan supaya kepala ke bawah dan punggung ke atas; menonggengkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tonggek | (tonggék) 1. tonggeng; 2. tidak lurus punggungnya apabila berjalan, punggungnya terkeluar ke belakang (apabila berjalan); tunggang-~ tunggang balik; menonggek menonggeng; menonggekkan menonggengkan, menjungkirkan (kepala ke bawah dan kaki atau ekor ke atas): ia ~ punggungnya ke muka kipas; tertonggek jatuh terjungkir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonggek | /tonggék/ tidak lurus punggungnya apabila berjalan; punggungnya terkeluar ke belakang: Punggung budak itu ~. menonggek berjalan dgn tonggek. menonggekkan 1 menjadikan tonggek: ~ punggung. 2 membongkokkan badan supaya kepala ke bawah dan punggung ke atas; menonggengkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggang I | terbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |