tonjol | bengkak atau benjol pd kulit, dahi dll. menonjol 1 menganjur ke luar; terkeluar sedikit. 2 jelas kelihatan. menonjolkan 1 menyorongkan ke luar atau ke muka. 2 mengeluarkan supaya kelihatan: Ia ~ kepalanya dr jendela kereta api itu. 3 mengemukakan supaya diketahui; memperlihatkan: Dia memang suka ~ kebaikannya. tonjolan apa-apa yg menonjol atau yg ditonjolkan. penonjolan hal (perbuatan, proses dsb) menonjol atau menonjolkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyembulkan | 1. menonjolkan atau menge-luarkan hujung (kepala dll): Dollah ~ biji mata-nya; 2. = ~ diri menampakkan (menjongol-kan) diri, memperlihatkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonjol | bengkak (pd kulit, dahi, dll), benjol, jendul; bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul): jerawat bertonjol-tonjol di mukanya; menonjol 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; menonjolkan 1. menjorokkan, menyorong-kan (ke muka): kutonjolkan empu jariku ke atas utk mengatakan semuanya berjalan baik; keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya; 2. menge-luarkan supaya dilihat (nampak), menampak-kan (diri dll), menyembulkan, muncul: ~ kepala melalui tingkap; 3. mengemukakan (supaya diketahui dll), menjadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihatkan, menyodor-kan: ia seorang yg suka menonjol-nonjolkan dirinya; kulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku; tertonjol teranjur, tersembul: perutnya kelihatan ~; tonjolan sesuatu yg menonjol (ditonjolkan); penonjolan perihal menonjolkan: ~nya dlm filem itu sungguh berkesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonjolkan | 1 menyorongkan ke luar atau ke muka. 2 mengeluarkan supaya kelihatan: Ia ~ kepalanya dr jendela kereta api itu. 3 mengemukakan supaya diketahui; memperlihatkan: Dia memang suka ~ kebaikannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembul | ; menyembul, tersembul 1. menganjur atau menonjol keluar (hujung atau kepala sesuatu drpd lubang, liang, permukaan, dll): mata yg tersembul spt mata buaya; 2. menampakkan diri, menjongol, timbul: kepala buaya yg tersembul di tepi air; sebelum sedan itu meluncur, lelaki segak itu ~ keluar; menyembulkan 1. menonjolkan atau menge-luarkan hujung (kepala dll): Dollah ~ biji mata-nya; 2. = ~ diri menampakkan (menjongol-kan) diri, memperlihatkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonjolkan | 1 menyorongkan ke luar atau ke muka. | Kamus Pelajar |
suguh | Jw; menyuguhi 1. memberi makanan kpd (tetamu), menjamu, memperjamu: ia disilakan singgah ke dlm toko dan disuguhi minuman yg mahal dan lazat; 2. ki mengemukakan (sesuatu) kpd, menonjolkan (sesuatu) kpd; menyuguhkan 1. menyediakan (menghidangkan, menyajikan) makanan: sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air teh; 2. ki menyediakan, memaparkan (karangan dlm akhbar dll), mengemukakan atau menonjolkan (sesuatu), memperdengarkan (lagu dll): sesudah beberapa orang kawan ~ lagunya masing-masing, tibalah giliranku pula; hari-hari yg dilaluinya selepas itu lebih banyak ~ kengerian tentang pembunuhan kejam itu; suguhan sesuatu yg disuguhkan, hidangan, sajian; penyuguhan perihal (perbuatan) menyuguhi atau menyuguhkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendukungan | 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengetengahkan | 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, mengemukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerlahkan | 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |