mensintesiskan | menggabungkan atau memadukan unsur, sebatian dsb, terutamanya secara kimia, utk membentuk sebatian yg lebih kompleks. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mensintesiskan | melakukan sintesis, menyatukan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autotrof | ist organisma yg dpt mensintesiskan nutrien organik secara langsung drpd bahan tak organik yg ringkas, spt karbon dioksida dan nitrogen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fototrof | (Bio) organisma yg menggunakan cahaya suria sbg sumber tenaga utk mensintesiskan sebatian organik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sintesis | /sintésis/ 1 ist paduan beberapa unsur (sebatian dsb) utk membentuk sebatian lain yg lebih kompleks. 2 kesimpulan umum yg dibuat berdasarkan andaian (hukum dsb) yg lebih khusus. mensintesiskan menggabungkan atau memadukan unsur, sebatian dsb, terutamanya secara kimia, utk membentuk sebatian yg lebih kompleks. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sintesis | (sintésis) 1. proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan, dsb menjadi sua-tu kesatuan atau keseluruhan yg kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan; 2. suatu keseluruhan yg kompleks yg terdiri drpd pelbagai unsur, bahan, dsb; 3. cara mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yg khusus; mensintesiskan melakukan sintesis, menyatukan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |