menstandardkan | menjadikan standard: ~ bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menstandardkan | menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penstandardan | perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membakukan | menjadikan baku (standard), menstandardkan: usaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu; ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembakuan | usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan): kecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa; ~ ejaan dan sebutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
standard | 1 bendera rasmi bagi seseorang raja atau ketua negara. 2 sesuatu yg dijadikan dasar utk sukatan (berat, panjang dll); piawai. 3 taraf atau darjah kebaikan sesuatu. 4 dpt diterima sbg yg rasmi atau yg sah (bkn ejaan dsb); baku: bahasa ~. menstandardkan menjadikan standard: ~ bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baku I | 1. Jw bkn sesuatu yg pokok, yg dasar, yg benar; makanan ~ makanan utama; harga ~ harga pokok; 2. bkn sesuatu yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu;membakukan menjadikan baku (standard), menstandardkan: usaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu; ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu;kebakuan sifat atau keadaan baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): pertandingan pidato itu juga menitikberatkan ~ bahasa dr segi sebutan dan tatabahasa;pembakuan usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan): kecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa; ~ ejaan dan sebutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
standard II | 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |