Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
anyang Isl 1. makanan drpd daging (kerang dll) mentah yg dibubuhi rempah-rempah dan dimakan mentah-mentah; 2. buah-buahan mentah dgn cabai dan garam; menganyang membuat anyang.Kamus Dewan Edisi Keempat
mentah-mentah1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mentah-mentah1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengganyang1. Jw memakan mentah-mentah, memamah, mengunyah; 2. membinasakan, memusnahkan, menghancurkan: operasi Indera Khas telah dilancarkan utk ~ unit penggempur keenam ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganyang; mengganyang 1. Jw memakan mentah-mentah, memamah, mengunyah; 2. membinasakan, memusnahkan, menghancur­kan: operasi Indera Khas telah dilancarkan utk ~ unit penggempur keenam ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
strawberi /strawbéri/nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya merah dan berair, boleh dimakan mentah-mentah, dibuat jem dsb), Fragaria spp.. Kamus Pelajar
tegak-tegak1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dgn sungguh-sungguh; 2. berdiri (duduk dll) lurus-lurus: mereka itu disuruhnya berdiri ~ spt askar; 3. ki dgn terang-terang, dgn begitu sahaja, mentah-mentah: dihalaunya ~ sahaja agaknya; kapal musuh yg lengkap dgn senjata itu ditentangnya ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
petroleum/pétroléum/, = ~ mentah minyak mentah yg diperoleh dr dlm tanah utk dijadikan petrol, asfalt dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
petroleum mentahminyak mentah yg diperoleh dr dlm tanah utk dijadikan petrol, asfalt dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
petroleum /pétroleum/, = ~ mentahminyak mentah yg diperoleh dr dlm tanah utk dijadikan petrol, asfalt dsb.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas