Yang Amat Berhormat | panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menteri Besar | ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedatangan | 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedatangan | 1. perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2. ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. | Kamus Pelajar |
Yang Amat Berhormat | rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersembunyi | 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
MB | 1. kep Menteri Besar; 2. Id kep Markas Besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
watikah | surat dsb yg menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, dsb) yg diberikan kpd seseorang: pengisytiharan itu telah dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaikbaik sahaja beliau menerima ~ drpd Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampaikan | 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Exco | (éksko) akronim bagi 1. Executive Councillor a) Ahli Dewan Undangan Negeri yg dilantik, sama ada oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri di Malaysia utk menganggotai badan eksekutif kerajaan negeri; b) ahli jawatankuasa sesebuah pertubuhan atau persatuan, biasanya yg besar; 2. Executive Council a) badan eksekutif yg membuat dasar bagi kerajaan negeri; b) jawatankuasa pertubuhan atau persatuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |