penumbukan | perihal menumbuk, perbuatan menumbuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menumbuk-numbuk | menumbuk beberapa kali atau berulang kali: dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penumbuk | 1 alat utk menumbuk (padi dll); tumbuk. 2 orang yg menumbuk (padi dll). 3 kepalan tangan utk menumbuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penumbuk | 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesung | sj alat utk menumbuk (padi, lada, dll), lompang: yg pekak pembakar meriam, yg buta penghembus ~; ~ batu lesung yg diperbuat drpd batu (biasanya utk menumbuk sambal); ~ hindik (kaki) lesung yg diperbuat drpd kayu dan dipijak dgn kaki; ~ kisaran sj perkakas utk mengisar padi; ~ mata soket mata; ~ pengemping lesung tempat menumbuk emping; ~ pinang gobek; ~ pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak; ~ mencari alu (antan) prb perempuan mencari lelaki; ke mana dialih, ~ berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga; menumbuk di ~, bertanak di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; menumbuk di periuk, bertanak di ~ prb melakukan sesuatu yg menyalahi kebiasaan; sebuah ~ seekor ayam jantannya (gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepalan | 1 benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam: ~ tanah. 2 genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumbuk | 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumbuk | 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menumbuk | 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. | Kamus Pelajar |
menumbuk | 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. | Kamus Pelajar |