Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tunjangsesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. pe­nunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunjang I; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menunjang1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menunjang1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: semasa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menongkat1. menopang, menunjang: 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit;Kamus Dewan Edisi Keempat
menunjangark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
menunjang1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong.Kamus Pelajar
tunjang IIMn bahagian badan dr lutut hingga ke tapak kaki; ~-tonjet terlompat-lompat ke sana ke mari; panjang ~ panjang kaki; tuak terbeli, ~ hilang prb mendapat kecelakaan (kekecewaan); menunjang ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencagak1. menopang, menahan dgn cagak; 2. menunjang, menyokong; 3. kelihatan jelas di mata kerana tegak (mencuar dll); 4. tangkas pergerakan badan dan petah berkata-kata;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggalang1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas