penyadur | 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): sering kali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyadur | sabung; ayam ~ ayam yg dipelihara utk disabung. bersabung 1 berlaga; beradu: ayam ~ ayam berlaga. 2 sedang mengadu atau sedang memperlagakan (ayam dsb): ~ ayam. 3 ki berlanggar antara satu dgn yg lain; berlawan; bertempur: ombak ~ ombak berlanggaran. 4 ki bertemu (bkn pandangan dll): ~ mata bertemu mata; berpandang-pandangan; saling memandang. menyabung 1 membuat supaya berlaga; mengadu (ayam): Ia asyik ~ ayam dan berjudi saja. 2 ki membuat sesuatu yg membahayakan diri: ~ nyawa menempuh bahaya yg sangat besar. ~ untung a. membuat sesuatu dgn tidak berharap mesti berjaya; berserah kpd nasib. b. pergi ke mana-mana utk mencari rezeki; membawa nasib. sabung-menyabung saling melanggar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. sabungan apa-apa yg disabung atau diadukan. persabungan 1 perbuatan atau hal bersabung. 2 tempat menyabung ayam. 3 ki hal bertempur; pertempuran. penyabungan perbuatan (hal dsb) menyabung. penyabung orang yg suka menyabung (ayam). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyadur | 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyadur | 2 membuat cerita (filem dsb) yg isinya ditiru drpd cerita lain: Sekarang pun masih ada orang-orang yg ~ cerita-cerita drpd cerita asing. | Kamus Pelajar |
menyadur | 1 melapis sesuatu logam dgn logam lain; menyepuh: Ketika bersekolah dahulu kami ada belajar ttg cara hendak ~ besi dgn tembaga. | Kamus Pelajar |
sadur | lapisan (salutan) logam yg nipis pd logam lain, sepuh;~ elektrik sadur yg dibuat dgn elektrik; ~ timah sadur drpd timah; sbg ~ menimbulkan senam prb kelihatan keadaan yg sebenarnya; bersadur bersalut atau berlapis (logam); menyadur 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; saduran 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; penyaduran perbuatan menyadur; penyadur 1. alat utk menyadur; 2. orang yg menyadur (meniru dll): sering kali ~-~ dgn sengaja atau tidak sengaja menyimpang drpd naskhah asalnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyaduran | perbuatan menyadur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sadur | menyadur | Kamus Pelajar |
penyaduran | perbuatan atau hal menyadur (logam, cerita dsb). | Kamus Pelajar |
penyadur | 2 orang yg menyadur atau yg meniru karangan orang lain. | Kamus Pelajar |