samar | , = samar-samar 1 tidak berapa terang pd pandangan; agak kabur: Kawasan sekitar bandar itu kelihatan ~ kerana kabus tebal. 2 tidak berapa jelas (bkn khabar dll); tidak cukup alasan atau bukti: Berita yg diterima itu masih ~. menyamar mengubah rupa supaya tidak dikenali orang; tidak menampakkan keadaan diri sebenar; merupakan diri: Penjahat yg ~ sbg polis itu telah ditangkap di Kelang. menyamarkan 1 menjadikan tidak dikenali orang (dgn memakai sesuatu dll): Seorang pegawai tentera telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia musuh. 2 menjadikan tidak berapa terang dipandang; mengaburkan: Utk ~ dewan tari-menari itu, lampu-lampu berwarna biru dan merah telah dipasang. samaran sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. kesamaran keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah, mereka bertanya kpd Nabi. penyamaran perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. penyamar orang yg menyamar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samar | = samar-samar 1. kurang jelas (pd pelihatan), agak kabur: ketika itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; di dlm cahaya yg samar-samar itu mata mereka bertentang tepat; 2. kurang terang (sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dll), masih ter-sembunyi, tidak nyata: sebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar lagi; 3. tidak dgn terang-terang, tersembunyi: dia datang itu dgn maksud yg ~; (waktu) ~ muka = (waktu) samar-samar daun waktu petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi); menyamar 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari ~, maka diben-canainya menteri hamba yg besar empat orang; 3. tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan; menyamarkan 1. menjadikan kurang terang (cahaya), mengaburkan: lampu-lampu merah dan biru yg sengaja disamarkan sudah terpasang; 2. menjadik | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyamarkan | 1 menjadikan tidak dikenali orang (dgn memakai sesuatu dll): Seorang pegawai tentera telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia musuh. 2 menjadikan tidak berapa terang dipandang; mengaburkan: Utk ~ dewan tari-menari itu, lampu-lampu berwarna biru dan merah telah dipasang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyamarkan | 1. menjadikan kurang terang (cahaya), mengaburkan: lampu-lampu merah dan biru yg sengaja disamarkan sudah terpasang; 2. menjadikan diri tidak dikenal orang (dgn menukar pakaian dll), masuk ke dlm kalangan tertentu (utk mencari rahsia, melakukan pengkhianatan, dll): Wan Intan sendiri telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia; 3. menyembunyikan (melindungkan) sesuatu drpd yg sebenarnya: Raja Harman Shah pun terlalu marah, maka disamarkan baginda dgn tersenyum-senyum; ~ diri menyaru, merupakan diri sbg; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyamarkan | 1 menjadikan tidak dikenali orang (dgn memakai sesuatu dll): Seorang pegawai tentera telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia musuh. | Kamus Pelajar |
saru I | Jk tidak jelas pd pelihatan (pendengaran dll), tidak nyata, samar; menyaru 1. menjadi saru (tidak jelas); 2. menyamar; menyarukan menjadikan saru (tidak jelas, tidak nyata, dll), menyamarkan; penyaruan 1. perihal menyamar, penyamaran; 2. perbuatan dll utk menutup maksud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengenal | 1. dapat mengetahui atau mengecamkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenal | 1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi); berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau mengecamkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupanya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; memperkenalkan 1. menyatakan atau memberitahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) memperkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenalan; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenainya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |