Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sambung; bersambung 1 ada tam­bahan yg memanjangkannya: Tali yg ~ tidak berapa teguh. 2 dlm keadaan berhubung; berkaitan: Pagar rumah saya ~ dgn pagar rumahnya. menyambung 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. menyambungkan 1 men­­­jadikan sesuatu bersambung pd se­suatu yg lain; menggunakan se­suatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan. 2 menyambung utk orang lain. sambungan apa-apa yg ditambahkan pd sesuatu supaya menjadi lebih pan­jang dll; tambahan. penyambung­an perbuatan (hal dsb) menyambung atau menyambungkan. penyambung sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membilai1. menyambungkan (kain dll), menambah tepi, menyisip lantai (membaiki); 2. menyalut (gigi dll): ~ gigi dgn emas; 3. menambah yg kurang (pidato dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
bilai IMn sambung, tepi yg disambungkan; membilai 1. menyambungkan (kain dll), menambah tepi, menyisip lantai (membaiki); 2. menyalut (gigi dll): ~ gigi dgn emas; 3. menambah yg kurang (pidato dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
litar antara muka(interface circuit)1. Litar yang menyambungkan pemproses utama atau sistem komputer dengan peranti sokongannya. 2. Litar yang boleh menyambungkan dua sistem yang tidak sepadan.Kamus Komputer
kad antara muka(interface card)1. Kad yang menyambungkan litar atau peranti yang terdapat di badannya pada bas komputer. 2. Kad yang boleh menyambungkan dua sistem yang tidak sepadan.Kamus Komputer
menyambungkan1 men­­­jadikan sesuatu bersambung pd se­suatu yg lain; menggunakan se­suatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan. 2 menyambung utk orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyambungkan1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
sambung; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), ber­cantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-pan­jangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (per­tolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyambungkan 1 menjadikan sesuatu bersambung pd sesuatu yg lain; menggunakan sesuatu utk menyambung: Leher ~ kepala dgn badan.Kamus Pelajar
menghubungkan1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas