sampai II | ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (menyidai-kan) kain, ampaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampai | 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampai | 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai I | 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampainya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wejangan | 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh pemimpinnya, mendengarkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesampaian | 1. ketibaan, tibanya, sampainya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wejang | Jw; diwejang diberi nasihat (tunjuk ajar dll); wejangan 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh pemimpinnya, mendengarkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hampir | 1. berdampil (dgn seseorang), berdamping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, perhubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampaikan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang mendekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, mendampingkan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) menghampirkan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menurunkan | 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. mengeluarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; 7. menternakkan, menggembalakan (lembu dsb); 8. mendatangkan (wahyu dll) kpd, menyampaikan (ilham dll) kpd, mewahyukan, mengilhamkan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, menggugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadikan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipur | 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |