Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
samping Isebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku di­kesampingkannya sahaja; 2. menge­tepikan (menganggap kurang penting), menying­kirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, ber­hampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyampingkan1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
samping Ibahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. ber­sampingan bersama-sama; ber­dam­­­­pingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di sam­ping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas