Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
satu1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
satu1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa: cincin bermata ~; ~ sama lain sama sendiri (sesama mereka); tidak ada ~ pun tidak ada langsung; 2. bp ganjil (dlm maksud mencemuh, marah, dll), lain drpd yg lain, pelik: awak ni ~ juga; ~ per ~ = satu-satu; ~ detik sepuluh rebah prb seorang yg disindir, semua yg hadir turut tersinggung; satu-satu 1. tiap kali satu, satu demi (lepas) satu: timbang benda itu ~; 2. bp apa-apa, sesuatu: banyak orang yg menyalahkan polis apabila berlakunya ~ jenayah; satu-satunya tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu yg sanggup memikir-kan masalah masyarakat Melayu; bersatu 1. bergabung menjadi satu: Bangsa-Bangsa B~; enam puluh orang pemuda dr kampung itu telah pun ~ utk menjaga keamanan di situ; 2. bertaut atau bertemu (menjadi satu yg lebih besar): saluran-saluran rerambut darah semuanya ~ semula menjadi satu pembuluh besar; 3. bersebati (menjadi satu): zat makanan itu ~ dgn oksigen di dlm sel; 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sbg suami isteri): mereka sudah bernikah tetapi belum lagi ~; 6. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan 1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh mengahwinkan, me­nikahkan; mempersatukan 1. menjadikan bersatu (bkn rakyat sesebuah negara dsb); 2. me­ngahwinkan, menikahkan: maka muafakat­lah segala orang besar-besar Tempanak itu hendak dipersatukannya kedua-dua raja itu jadi laki isteri; satuan 1. angka yg kurang drpd 10 pd bilangan yg mempunyai lebih drpd satu angka; 2. sesuatu yg digunakan sbg dasar sukatan (ukuran dll), unit: gantang ialah ~ ukuran banyak; ringgit merupakan ~ wang di Malaysia; kesatuan 1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2. keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung; persatuan 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; berpersatuan mempunyai persatuan, ada persatuannya: memperbanyak aktiviti ~; pemersatuan perihal mempersatukan sesuatu: ~ bahasa Melayu bermakna kebangkitan semula kegemilangan Melayu; penyatuan perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yg besar; penyatu orang (faktor dll) yg menyatukan atau menyatupadukan: ciri-ciri yg membeza-kan manusia tetapi yg juga menjadi unsur ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyatukan1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyatukan1. mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh): bahasa ~ bangsa; 2. menyelaraskan (tujuan, tekad, dll), memusatkan: sekarang marilah kita ~ tekad kita; 3. bh mengahwinkan, me­nikahkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sintesis(sintésis) 1. proses menyatukan pel­bagai unsur, bahagian, bahan, dsb menjadi sua-tu kesatuan atau keseluruhan yg kompleks, penyatuan, penggabungan, pemaduan; 2. suatu keseluruhan yg kompleks yg terdiri drpd pel­bagai unsur, bahan, dsb; 3. cara mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yg khusus; mensintesiskan melakukan sintesis, menyatu­kan, menggabungkan, memadukan: novel ini padat dgn idea dan gagasan falsafah yg masih mentah, tidak diperhalus serta disintesiskan ke dlm perwatakan atau suasana keseluruhan novel.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggabungkan1 mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak Cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2 menjadikan bersatu; menyatukan: Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggabungkan1. mengumpulkan sesuatu dan mengikatnya menjadi satu; menyatukan dlm satu ikatan atau berkas: Mak cik Esah ~ kacang panjang itu secekak-secekak utk dijual. 2. menjadikan bersatu; menyatukan:Kami sedang berusaha hendak ~ semua syarikat kerjasama menjadi satu syarikat kerjasama yg besar.Kamus Pelajar
menyatukan1 menggabungkan atau mengumpulkan menjadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi.Kamus Pelajar
rangkuman1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan, ikhtisar (dr huraian dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
yoga1. sistem falsafah Hindu yg bertujuan menyatukan diri dgn Tuhan dgn mengheningkan fikiran (spt dgn bertafakur, dsb) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran; 2. = senaman ~ berbagai-bagai cara utk mengheningkan (menenangkan) fikiran, spt dgn bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yg bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yg sihat; beryoga melakukan (senaman) yoga.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas