Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sekutu1. kawan yg turut sama dlm sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dll), teman yg turut dlm sesuatu pakatan (pergabungan dll): kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; negara-negara ~; 2. turut terlibat atau ber-salah (dlm kejahatan dll): orang yg menerima rasuah itu dianggap ~ dgn pemberi rasuah; 3. gabungan (drpd beberapa negeri, badan, dll), syarikat: Raja Sharif Hussain menyata-kan perlawanannya ter­hadap Turki dan menggabungkan diri dgn pihak ~; bersekutu 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, ber­sepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; menyekutui 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; menyekutukan menganggap sbg sekutu (bersekutu): jangan sekali-kali ~ Allah dgn sesuatu yg lain; persekutuan 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (per­usahaan dll), perkongsian; penyekutuan proses (perbuatan) menyeku­tukan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyekutui1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas