menyeluruhi | meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meliputi | 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu masa dahulu diliputi air; 2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan pembangunan yg menyeluruh ~ segenap daerah dan pelosok; wajah isterinya diliputi kemuraman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liput | ; berliput 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~; meliputi 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu masa dahulu diliputi air; 2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan pembangunan yg menyeluruh ~ segenap daerah dan pelosok; wajah isterinya diliputi kemuraman; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~ selebih-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan; liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluruh | segenap, seantero, semuanya (dianggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruang | 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ pengetahuan utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahupun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di lingkungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yg diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg menunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; merajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |