Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
semat (kata nama)
Bersinonim dengan jarum, jarum peniti, peniti, cantel, pin, pasak, cemat;,
Kata Terbitan : menyemat, menyematkan, tersemat, sematan, penyemat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sematbenda (jarum peniti, peniti cantil, dll) yg digunakan utk mencucuk dua benda yg hendak dicantumkan; menyemat mencantumkan dua benda dgn semat, menusukkan semat (supaya bercantum dll): ibu sedang ~ atap; menyematkan 1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2. me-letakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak; 4. ki menyertakan, melampirkan: bersama surat ini disematkan sekeping cek utk ayahanda; tersemat 1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum: di dadanya ~ sebuah pingat yg menjadi kebanggaannya; 2. ki terletak, terpateri (dlm hati, ingatan, dll), terasa: tidak seorang pun antara kawan-kawannya yg mengetahui apa yg ~ di hatinya itu; sematan 1. sesuatu yg disemat atau disemat-kan; 2. lampiran, tambahan (yg disertakan); penyematan perihal menyemat atau me-nyematkan; penyemat alat utk menyemat: jarum ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyematkan1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2. me-letakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak; 4. ki menyertakan, melampirkan: bersama surat ini disematkan sekeping cek utk ayahanda;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyematkan1 melekatkan sesuatu sbg semat (spt pingat dsb) pd: Baginda sendiri telah ~ pingat itu ke dadanya.Kamus Pelajar
pin1 semacam jarum yg terdiri drpd berbagai-bagai bentuk, yg digunakan utk menyematkan sesuatu pd benda lain; semat. 2 batang besi kecil yg terdapat pd plag dan digunakan utk menyambungkan plag dgn soket.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pin1 semacam jarum yg terdiri drpd berbagai-bagai bentuk yg digunakan utk menyematkan sesuatu pd benda lain; semat. 2 batang besi yg kecil yg terdapat pd plag dan digunakan utk menyambungkan plag dgn soket.Kamus Pelajar
mencantumkan1 menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2 melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencantumkan1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, me­madukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencantumkan1. menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2. melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya.Kamus Pelajar
merakamkan1. mengecapkan, mencetak­kan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, me­nyim­pan dlm hati; 5. melakukan dgn men­catatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
cucuk1 sesuatu yg runcing tajam (spt jarum) utk menikam atau utk menyemat: ~ rambut (sanggul) penyemat rambut (sanggul) supaya tidak terurai. 2 penjodoh bilangan bagi barang yg ditusuk dgn lidi dsb: Sepuluh ~ sate pun sudah mengenyangkan. bercucuk sudah dicucuk. ~ tanam mengusahakan sawah, ladang dll; bertani. mencucuk 1 menusuk dgn benda tajam spt jarum dsb; menyemat (dgn peniti). 2 membuat lubang pd hidung kerbau, lembu dll; melubangi (hidung kerbau); menindik. 3 merangkai-rangkaikan (ikan dll) dgn cucuk. 4 menyuntik (utk memasukkan ubat ke dlm badan). mencucukkan menyematkan atau menikamkan sesuatu sbg cucuk: Beliau telah ~ pingat itu pd bajunya. pencucuk 1 cucuk. 2 ki orang yg suka menghasut atau mengacum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas