senang | 1 tidak berasa susah; tidak ada yg menyusahkan: Orang kaya belum tentu ~ hidupnya. 2 berasa puas atau lega: Sekarang barulah ~ hatinya. 3 tidak susah atau tidak sulit melakukannya; mudah: Hitungan ini ~ saja. 4 suka; sesuai: Saya tidak ~ tinggal di sini. bersenang-senang berbuat sesuatu utk menghibur hati; berehat-rehat: Dia ~ di bawah pokok itu bersama anak-anaknya. menyenangi berasa senang atau berasa suka akan; menyukai: Para pelancong ~ suasana di situ. Kehadirannya tidak disenangi. menyenangkan 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Keputusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. kesenangan keadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senang | 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyukakan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyenangkan | 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Keputusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyenangkan | 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyukakan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hibur | ; menghibur menyenangkan atau menggirangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri; berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; menghiburkan menyenangkan, menggirangkan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya; hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; penghiburan hal menghibur(kan); penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyenangkan | 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. | Kamus Pelajar |
gula-gula | 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meringankan | 1 menjadikan ringan; memudahkan; menyenangkan: Mesin-mesin moden sesungguhnya telah dpt ~ kerja para petani di kampung. 2 memandang tidak mustahak atau tidak penting; menganggap ringan (mudah): Dia tidak suka ~ agamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gula-gula | 1. bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2. apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. | Kamus Pelajar |
memuaskan | 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang dahaga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hatinya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |