sentuh | ; bersentuh bersinggung sedikit dgn sesuatu yg lain; kena sedikit: Luka itu hendaklah dibalut supaya tidak ~ dgn benda-benda kotor. bersentuhan saling mengenai antara satu dgn yg lain; bersinggungan sedikit: Kerana orang terlalu banyak, kami ~ antara satu dgn yg lain. menyentuh 1 menyinggung atau mengenai sedikit; melanggar sedikit; menjamah: Dia tidak berani ~ barang-barang kaca di kedai itu. 2 menyinggung (perasaan orang) dgn mengatakan sesuatu; menyebut sesuatu perkara: Ketika bercakap, jangan sekali-kali kita ~ perasaan orang. sentuhan hasil drpd menyentuh: Apabila terkena ~ tangan ibunya, anak itu pun berhenti menangis. persentuhan hal bersentuh atau bersentuhan: Melalui ~ kulit pun, penyakit itu dpt merebak. penyentuhan hal atau perbuatan menyentuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencolek | 1. menyentuh (mengambil, mencalit, dll) dgn hujung jari: kelihatan ia ~ dinding dgn telunjuk kanannya; 2. mencecah kuah (manisan dll); 3. mencungkil dgn hujung jari (bilah dll) utk mengeluarkan atau mengambil sesuatu: ~ tahi telinga dgn rokok daun; 4. menggores (memantik) dgn bilah gores api dll; 5. menyentuh (menggamit) dgn hujung jari; ~ gamit memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dll) spt pd masa bersenda gurau dll; ~ hati menggelikan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentuh I | ; bersentuh 1. kena sedikit pd, ber-hantuk sedikit dgn, mengenai (antara dua benda), bersenggol: penyakit ini berjangkit kerana ~ dgn badan orang yg berpenyakit; 2. bh bersetubuh; bersentuhan 1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit: kerana disesak orang, ~lah aku dgn gadis itu; 2. ki bersangkut-paut (dgn), berkaitan (dgn); menyentuh 1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah: dia berasa pipinya di-sentuh orang; 2. melanggar sedikit, terkena pd, terhantuk pd: lengannya luka kerana ~ dawai berduri; 3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal): kali ini saya ~ ke-dudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar; 4. menyinggung (perasaan), meng-ganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (pe-rasaan terharu, sedih, dsb); menyentuhi mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi; tersentuh 1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah; 2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pd: kakiku ~ batu; 3. diperkata-kan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dlm sesuatu ucapan dll): sudah tentu ada ibu bapa yg menghadapi soal-soal yg tidak ~ lang-sung dlm buku ini; 4. ki tersinggung (perasa-an), terganggu (perasaan), terharu: dia lekas ~; sentuhan senggolan, singgungan: ~ tangan yg takut-takut; kesentuhan 1. kena sentuh, disentuh; 2. dirasuki (dimasuki) orang halus; persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel); penyentuhan perbuatan menyentuh; penyentuh sesuatu yg digunakan utk me-nyentuh (sesungut pd serangga dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonyoh | 1 menyentuh dgn hujung jari. 2 menggocoh dgn buku jari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meraba | 1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya, kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguit | 1 menyentuh dan menggerakkan sesuatu dgn hujung jari dll: Anak rambutnya dikuitnya sedikit-sedikit. 2 bergerak (bkn ekor binatang dll): Ekornya ~ apabila disentuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menonyoh | 1. menyentuh dgn hujung jari; 2. menggocoh (meninju) dgn buku jari; 3. Kl makan dgn biadab sekali; 4. Kd menggosok dgn kuat (utk mengeluarkan kotoran dsb): ~ daki di badan; 5. menenyeh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyaruk | 1. menyentuh atau melanggar sesuatu, menyandung; 2. ark mujur (dlm per-judian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguit | 1. menyentuh dan menggerakkan sesuatu dgn jari dll, mencuit: anak rambutnya dikuitnya sedikit; 2. bergerak (bkn sesuatu benda, ekor binatang, dll): ekornya ~ apabila disentuh; 3. Kd bergerak utk melakukan sesuatu kerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjamah | 1. menyentuh (dgn tangan dsb), memegang; 2. makan sedikit, merasa: seumur hidupnya dia belum pernah ~ makanan spt itu; 3. ki menyetubuhi, meniduri (perempuan): gadis yg sudah dijamah orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |