menyepuh lindap | memanaskan logam (kaca dll) dan menyejukkannya perlahan-lahan supaya bahan tsb menjadi keras dan tidak rapuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyepuh lindap | mengukuhkan (melega-kan) tekanan dalaman pd keluli, kaca dll dgn pemanasan dan penyejukan beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepuh lindap | (Kej) proses pemanasan dan penyejukan utk mengaruh pelembutan bahan; menyepuh lindap mengukuhkan (melega-kan) tekanan dalaman pd keluli, kaca dll dgn pemanasan dan penyejukan beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyepuh | ~ lindap memanaskan logam (kaca dll) dan menyejukkannya perlahan-lahan supaya bahan tsb menjadi keras dan tidak rapuh. | Kamus Pelajar |
sepuh | 1 campuran tawas, garam dll utk menuakan warna emas. 2 lapisan logam yg tipis pd logam lain; sadur. 3 cara mengeraskan besi (pisau, cangkul dll) dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. bersepuh berlapis atau bersadur dgn sesuatu. menyepuh 1 menuakan warna emas dgn mencelupkannya ke dlm campuran tawas, garam dsb. 2 menyalut sesuatu logam dgn logam lain; menyadur. 3 mengeraskan besi dgn membakarnya dan mencelupkannya ke dlm air. ~ lindap memanaskan logam (kaca dll) dan menyejukkannya perlahan-lahan supaya bahan tsb menjadi keras dan tidak rapuh. sepuhan sesuatu yg disepuh; hasil drpd menyepuh; saduran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |