Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sesal (kata nama)
Bersinonim dengan kesal, keinsafan;,
Kata Terbitan : bersesalan, bersesal-sesalan, menyesal, kesesalan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bertaubat1. menyesal dan berazam memperbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama;Kamus Dewan Edisi Keempat
sesalperasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada ber­guna prb sebelum mengerjakan atau me­lakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis­habis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­menuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyesal1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rungutan1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yg berkuasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
pentingsangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tersayang1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal);Kamus Dewan Edisi Keempat
mencinta1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyayangkan1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
percintaan1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyesalkan1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas