sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyesali | 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaubatkan | 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyesalkan | 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangisi | 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umpatan | 1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyayangi | 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merampus | 1. mengeluarkan kata-kata kasar, memaki-maki, sangat marah: tenang dan sabar ia menjalankan kerjanya, tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; lama-kelamaan datang bebal hatinya serta merampus lalu ia menurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; 2. membuat sesuatu dgn kasar, membuat sembarangan sahaja (semahu-mahunya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berampus | , merampus 1. mengeluarkan kata-kata kasar, memaki-maki, sangat marah: tenang dan sabar ia menjalankan kerjanya, tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; lama-kelamaan datang bebal hatinya serta merampus lalu ia menurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; 2. membuat sesuatu dgn kasar, membuat sembarangan sahaja (semahu-mahunya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umpat | , = umpatan 1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. umpat-umpatan segala macam umpat. mengumpat 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. pengumpat orang yg suka mengumpat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |