Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sibuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,

2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sibukbanyak yg dikerjakan; asyik me­ngerjakan sesuatu; sentiasa membuat kerja (sehingga tidak ada waktu terluang): Sehari sebelum raya, kaum ibu ~ memasak. bersibuk sedang sibuk melakukan sesuatu: Pagi-pagi lagi mereka ~ membuka kedai. menyibukkan 1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain. kesibukan keadaan sibuk; keributan: Aku naik pening melihat ~ kenderaan di jalan raya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sibuk I1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda­-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menye­babkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyibukkan1 menjadikan atau menyebabkan sibuk: Urusan harian ~nya sepanjang hari. 2 sibuk ttg sesuatu: Dia ditegur kerana selalu ~ hal orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyibukkan1. menjadikan sibuk, menye­babkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas