Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
simpul, = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga men­jadi simpul. 2 memberikan isi se­suatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
simpul= simpulan ikatan pd tali (benang dll); tersenyum ~ tersenyum sedikit; ~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan utk menyambung dua tali yg licin; ~ belit ikatan utk mengikatkan tali pd batang; ~ buku sila simpul utk mengikat bungkusan; ~ bunga geti simpul utk menghubungkan dua tali; ~ hidup sj simpul yg mudah diurai; ~ kerusi simpul utk menurunkan orang dr tempat yg tinggi; ~ manuk simpul utk mengikatkan tali pd balak; ~ mati ikatan yg susah diurai; ~ pulih simpul utk memendekkan tali (mudah diurai); ~ sentak sj simpul yg mudah diurai (dgn menyentak); ~ tindih kasih simpul utk membuat tanjul; menyimpul 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah di­bicarakan), menggulung: ketika ~ pendapat­nya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaan­nya sekarang; menyimpulkan 1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat dsb)Kamus Dewan Edisi Keempat
menyimpul1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyimpul1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah di­bicarakan), menggulung: ketika ~ pendapat­nya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaan­nya sekarang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengelarai1. membuat anyaman (tenunan) yg bercorak damdam; 2. menyimpul pinggir anyaman, menyuji di tepi kain; bongkok dek menganyam, silap (sesat) ~ prb sungguhpun telah cekap dlm sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyimpulkan1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat dsb) dgn ringkas (drpd apa yg telah dibi­carakan), memberikan inti atau isi perbin­cangan (drpd apa yg telah dibincangkan) dgn ringkas, mengikhtisarkan: kita mengkaji catat­an penulis-penulis semasa dan cuba ~nya; 3. ki memuat, mengandungi: perkataan yg penuh ~ apa yg terasa dlm hatinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggetang1. menutup dgn benda tipis yg dibentangkan; ~ muka menutup muka; 2. Kl mengikat, membelit, menyimpul;Kamus Dewan Edisi Keempat
getang Ibenda tipis (kain, daun, kulit) yg diregangkan utk menutup sesuatu; menggetang 1. menutup dgn benda tipis yg dibentangkan; ~ muka menutup muka; 2. Kl mengikat, membelit, menyimpul; penggetang; kulit ~ kulit yg digetang pd gendang (rebana dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kelarai1. corak (anyaman, tenunan, dll) yg berbentuk damdam; 2. Mn simpul di tepi anyaman, sulaman (suji) di tepi kain; ~ sesat taja prb pekerjaan yg dr mulanya sudah salah; mengelarai 1. membuat anyaman (tenunan) yg bercorak damdam; 2. menyimpul pinggir anyaman, menyuji di tepi kain; bongkok dek menganyam, silap (sesat) ~ prb sungguhpun telah cekap dlm sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas