memulaukan | 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyisihkan diri | mengasingkan diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyisihkan | meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesampingkan: ~ diri mengasingkan diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyisihkan | 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. memisahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm permainan dll), menyingkirkan (lawan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyisihkan | mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyisihkan | meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesampingkan: ~ diri mengasingkan diri. | Kamus Pelajar |
mengasingkan | 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyisihan | perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyampingkan | 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisih; menyisih | menyisihkan meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesampingkan: ~ diri mengasingkan diri. | Kamus Pelajar |