Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyorong, menyorongkan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sorong1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: ter­dengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung me­nolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. meng­ajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksa­kan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, ter­tolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong­-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjol­kan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur.Kamus Dewan Edisi Keempat
sorong; menyorong 1 menolak dr belakang; mendorong: Ada yg menarik, ada yg ~, dan akhirnya dpt juga mereka menggeserkan batu yg besar itu ke tepi jalan. 2 memberi rasuah; menyogok: Perbuatan ~ pegawai-pegawai kerajaan hendaklah dihentikan. 3 tumbuh kembali atau bertambah panjang (bkn kuku, tunas pokok dsb). menyorongkan 1 menolak sesuatu dr belakang; men­dorongkan: Dia ~ begnya ke bawah katil. 2 memberikan sesuatu kpd; menghulurkan; mengunjukkan: Dia ~ sekotak rokok kpd kawannya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dorong; mendorong 1. menyorong (ke de­pan), menolak (dr belakang ke depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; 2. ki mem­berangsangkan, mempengaruhi, menyebab­kan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh; dorong-mendorong bertolak-tolakan; mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium; terdorong 1. terlangsung (ke depan), ter­sorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk me­laku­kan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas pa­dahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; keterdorongan keadaan (perihal) ter­dorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi; pendorongan perihal atau perbuatan men­dorong; pendorong 1. (benda) yg mendorong (me­nyorong, menganjur, dll), penyorong, pe­nolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya ber­sungguh-sungguh mempelajari Bahasa Ke­bangsaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
asak; berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1 mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2 menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. mengasakkan 1 memasukkan sesuatu dgn menekannya ke dlm bekas, sarung dsb: Ibu ~ kekabu ke dlm sarung utk dijadikan bantal. 2 menyorongkan (badan, diri) supaya dpt ke depan, ke luar dsb: Dgn susah payah, dia ~ diri agar dpt keluar dr dewan itu. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas