sudi I | 1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi dikatanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (memancing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |