Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.ruh.nyu.ruh] | مڽوروه-ڽوروه

Definisi : menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyuruh-nyuruh


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyuruh-nyuruhmenyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
suruh Iperintah (firman, titah) supaya me­lakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berki­rim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (di­lakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya me­lanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang me­ngerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruh­suruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyam­but Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh.Kamus Dewan Edisi Keempat
menderumkanmenyuruh menderu, me­nyuruh merendahkan badan (gajah, unta, dll): maka raja pun ~ gajahnya, dan makhdum pun dibawa baginda naik gajah.Kamus Dewan Edisi Keempat
derum I; menderum merendahkan badan dgn berlutut (gajah, unta, dll): maka gajah baginda pun ~ di depan balai ruang; menderumkan menyuruh menderu, me­nyuruh merendahkan badan (gajah, unta, dll): maka raja pun ~ gajahnya, dan makhdum pun dibawa baginda naik gajah.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendikte1. meminta (menyuruh) orang me­nulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. me­nyuruh orang berbuat sesuatu dgn tidak mem­bantah, menyuruh menurut sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
dikte(dikté) IB menyalin (menulis) rencana, menulis tepat-tepat apa yg dibaca (diucapkan) oleh orang lain; mendikte 1. meminta (menyuruh) orang me­nulis apa-apa yg dibaca (diucapkan); 2. me­nyuruh orang berbuat sesuatu dgn tidak mem­bantah, menyuruh menurut sahaja; mendiktekan 1. menyuruh tulis apa-apa yg di­baca (diucapkan); 2. menyuruh dgn paksa, memerintahkan: apabila anakanda dapat memahamkan huraian kami ini, anakanda tidak akan berasa didiktekan sahaja oleh orang tuamu ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggesa-gesa1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. me­nyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
dua(jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jum­lah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, per­buatan, dll): bunyi gendang itu hanya se­gelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menam­bah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melaku­kan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. me­nyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawah­kan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-dua­nya, keduanya dua-dua(nya): kedua-dua­nya tergelak kecil, lalu meneruskan per­jalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas