menyusuti | menjadikan berkurang, mengurangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melainkan ~ yg telah ada; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluaki | menyusuti, mengurangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluak | menyusuti, mengurangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengusaki | menjadikan usak, mengurangi, menyusuti: | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyuruti | 1. menjadikan berkurang, mengurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengurangi | menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luak I | susut, berkurang: makanan yg dihidangkan sedikit pun tidak ~; meluak, meluaki menyusuti, mengurangi; meluakkan menjadikan luak, mengurangkan, menyusutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usak | menjadi kurang (berkurang), susut: cinta-nya kpd gadis itu masih belum ~, walau sebesar rambut sekalipun; mengusaki menjadikan usak, mengurangi, menyusuti: ~ harta menyusutkan (meng-habiskan) harta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut I | 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengurangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melainkan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau perniagaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, kemerosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surut | 1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, mengurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, mengundurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengurangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |