radang | 1 panas badan spt ketika akan demam: naik ~ marah sekali; panas hati. 2 bengkak yg agak merah dan terasa sakit kerana dijangkiti kuman: ~ lidah (penyakit) bengkak pd lidah. ~ paru-paru (penyakit) bengkak pd paru-paru. meradang 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radang | 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meradang | 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meradang | 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meradang | 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. | Kamus Pelajar |
panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makin | 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengil | 1 garang (ttg tingkah laku, rupa dsb): Dia kelihatan ~ ketika meradang. 2 keras dan pedas (ttg percakapan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyangkak | 1. = ~ bulu tegak bulu roma (kerana takut, seram, dll); 2. = ~ hatinya marah, meradang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melemparkan | 1 menggunakan sesuatu utk melempar; melontarkan; membalingkan; mencampakkan: Isterinya selalu ~ pinggan mangkuk apabila meradang. 2 mengeluarkan tuduhan (kritik, kemarahan dll): Surat khabar itu ~ tuduhan yg bukan-bukan terhadap dirinya. 3 menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll): Amilah ~ pandangannya ke arah Selat Teberau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |