peramalan | perbuatan meramal (meramalkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peramal | orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramal I | Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramalkan); peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meramal | menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelihat | orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikik | ist 1 berkaitan dgn jiwa atau minda manusia. 2 berkaitan dgn fikiran atau fenomena yg tidak dpt dijelaskan oleh hukum alam, spt mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa atau mempunyai kebolehan meramal sesuatu yg akan berlaku: kuasa ~. 3 orang yg mempunyai kebolehan, spt kekuatan dalaman yg luar biasa atau yg boleh meramal sesuatu yg akan berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penilikan | 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawasan, kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, penelitian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelah | mengatakan apa-apa yg akan terjadi, menenung, menilik, meramalkan: tidak dapat dia ~ apa yg akan terjadi pd dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telah II | menelah mengatakan apa-apa yg akan terjadi, menenung, menilik, meramalkan: tidak dapat dia ~ apa yg akan terjadi pd dirinya; telahan sesuatu yg ditelah, agakan, dugaan: Tuk Guru membuat ~ berkenaan nasib Tengku Long; penelahan perihal (perbuatan dsb) menelah, penenungan, ramalan; penelah orang yg menelah, tukang ramal, penenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penglihat | 1. = penglihatan kuasa (pancaindera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |