Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramal
Kata Terbitan : meramalkan, ramalan, peramalan, peramal,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ramalsesuatu yg dijadikan pegangan utk melihat nasib atau utk mengetahui sesuatu yg akan berlaku: membaca ~ menilik nasib orang; tukang ~ orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. meramalkan 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. ramalan sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ramal IAr 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg diguna­kan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); mem­baca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), me­nenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, mencerita­kan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pen­dapatan akan dinaikkan lagi; ia men­jeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telah­an, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramal­kan); peramal orang yg meramal atau meramal­kan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan.Kamus Dewan Edisi Keempat
meramalkan1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meramalkan1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), me­nenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, mencerita­kan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pen­dapatan akan dinaikkan lagi; ia men­jeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rasi1 kumpulan bintang dua belas. 2 = serasi sesuai benar; secocok; sepadan: Dia ~ dgn saya. merasikan meramalkan nasib atau mengetahui jodoh dgn menilik bintang (mimpi dll). perasian ilmu ttg bintang utk menilik atau utk meramalkan; perbintangan. serasi 1 sesuai benar; secocok; sepadan. 2 ist keupayaan sesuatu peranti atau atur cara utk dijalankan pd komputer yg berlainan tanpa menukarkan peranti atau atur cara tsb. menyerasikan menjadikan sesuai atau secocok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meramalkan1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ! nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. Memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi.Kamus Pelajar
rasi1 kumpulan bintang dua belas. 2 = serasi sesuai benar; secocok; sepadan: Dia ~ dgn saya. merasikan meramalkan nasib atau mengetahui jodoh dgn menilik bintang (mimpi dll). menyerasikan menjadikan sesuai atau secocok. perasian ilmu ttg bintang utk menilik atau utk meramalkan; perbintangan.Kamus Pelajar
menenung1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung, meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, me-mandang, memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan;Kamus Dewan Edisi Keempat
merasikan1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib;Kamus Dewan Edisi Keempat
nujum1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, per­bintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn me­lihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, me­ramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas