rangkak | ; merangkak 1. berjalan dgn bertumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran kita; merangkak-rangkak maju dgn lambat, tidak lancar, terhenti-henti (belajar, membaca, bercakap, dll): ada yg tidak dapat membaca sekali-kali, ada yg ~ membaca; ia menanyai Hilmy dgn bahasa Melayu pasar yg terlalu ~; memang dia masih ~ utk mengenal dunia; merangkaki 1. mendekati atau menghampiri dgn merangkak: Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu (masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang; merangkakkan membuat (membiarkan) me-rangkak: ~ anak; terangkak-rangkak tidak lancar dan agak kekok dlm membuat sesuatu: semakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merangkaki | 1. mendekati atau menghampiri dgn merangkak: Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu (masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |