rantau | 1 kawasan di sepanjang sungai: mengembara sepanjang ~; ceruk ~ di mana-mana saja. 2 negeri asing (bukan negeri sendiri): Sudah sepuluh tahun aku hidup di ~ orang. 3 daerah atau kawasan luas yg meliputi beberapa buah negara: Negara-negara Asean memperkuat pertahanan di ~ ini. merantau 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. perantauan 1 negeri lain tempat mencari penghidupan: Kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~. 2 perjalanan: Moga-moga engkau selamat dlm ~. perantau orang yg pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); orang asing (dlm sesebuah negara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rantau I | 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau mengembara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merantau | 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merantau | 1. berjalan, belayar, atau mengembara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merantau | 1 pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan dll); mengembara: ~ menjual kain. 2 Belayar sepanjang rantau; pergi ke pantai. | Kamus Pelajar |
perihal | 1. keadaan: sebenarnya saya merantau ke Sumatera ini kerana hendak melihat adat temasya dan ~ negeri-negeri Melayu di sini; 2. hal, kejadian, peristiwa: telah dilihat oleh baginda ~ itu, maka baginda pun terlalu marah; 3. tentang hal (kejadian dll), tentang keadaan, mengenai (sesuatu atau seseorang): ia bertanya ~ nasib ibunya sepeninggalannya hampir-hampir dua tahun itu; memerihalkan mengisahkan, menceritakan, menyatakan (tentang sesuatu) dgn jelas,menerangkan, menghuraikan: boleh dikatakan ketiga-tiga teks itu agak lengkap ~ cara istiadat itu dilaksanakan; perihalan sesuatu yg diperihalkan: ~ tentang potensi bagi percubaan; keperihalan kisah, keterangan, huraian: ~ sejarah yg terkhusus; pemerihalan pemberian keterangan (penjelasan), penjelasan, penghuraian; pemerihal yg memerihalkan, yg mengisahkan (menerangkan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang | 1 datang (berasal) dr luar negeri atau dr tempat asing (bkn orang dll). 2 orang yg merantau (mengembara): Dia ~ di negeri ini. 3 pekerjaan yg berkaitan dgn membeli dan menjual; jual beli. berdagang 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. memperdagangkan membeli dan menjual sesuatu; memperniagakan: Saudagar itu ~ barang-barang yg dibawa dr negerinya. dagangan 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. ~ cergas dagangan yg banyak melibatkan kegiatan jual beli saham. ~ lembap dagangan yg kegiatan jual beli sahamnya sedikit saja. perdagangan urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. ~ bebas perdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif. pedagang orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dagang | 1. datang (berasal) dr luar negeri atau dr tempat asing (bkn orang dll). 2. orang yg merantau (mengembara): Dia ~ di negeri ini. 3. pekerjaan yg berkaitan dgn membeli dan menjual; jual beli. berdagang 1. menjalankan perniagaan; berniaga. 2. = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. memperdagangkan membeli dan menjual sesuatu; memperniagakan: Saudagar itu ~ barang-barang yg dibawa dr negerinya. dagangan barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. perdagangan urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. pedagang orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang. | Kamus Pelajar |
berdagang | 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecelakaan | 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |