meraup | 1 merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sehingga merupakan pencedok. 2 mengaut atau mencedok dgn kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencantumkan | 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raup | ; meraup 1 merapatkan kedua-dua belah tapak tangan sehingga merupakan pencedok. 2 mengaut atau mencedok dgn kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. seraup sebanyak yg dpt ditampung oleh kedua-dua belah tapak tangan yg dikembarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rapat II | = kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (bersidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatankuasa segera dirapatkan; 2. mengemukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putuskan sendiri, tidak perlu dirapatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendekatkan | 1 menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2 menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merapatkan | 1. menjemput berapat (bersidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatankuasa segera dirapatkan; 2. mengemukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putuskan sendiri, tidak perlu dirapatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merapatkan | 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali persahabatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencantum | 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menyemat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tutup | 1 merapatkan tutupnya: Ia ~ pintu biliknya. | Kamus Pelajar |
menutup | 1 merapatkan tutupnya: Ia ~ pintu biliknya. | Kamus Pelajar |