perasaan | 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus menangkap mangsanya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasa-rasa | meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki utk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merasa | mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merasa-rasai | meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasa-rasa | meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasa-rasa | mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasa | mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. | Kamus Pelajar |
merasa | 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raba | ; meraba 1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya, kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. rabaan sentuhan kerana hendak merasa atau mencari sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
raba; meraba | 1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. rabaan sentuhan kerana hendak merasa atau mencari sesuatu. | Kamus Pelajar |